suria

James Bond dihadapkan ke mahkamah, pecah masuk kawasan larangan di taman negara 

Sebutan kes mahkamah Brosnan dijadualkan pada 23 Januari 2024.

BINTANG Hollywood Pierce Brosnan dilaporkan memecah masuk kawasan larangan di Taman Negara Yellowstone di Wyoming, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan Pierce, 70, didakwa keluar daripada laluan dibenarkan sebelum masuk ke kawasan kolam air panas Mammoth Terraces yang dilindungi.

NP (3)

Brosnan didakwa tidak mengikut peraturan Taman Yellowstone.

Ia merupakan kesalahan serius peraturan taman negara di AS.

Susulan itu, bintang filem James Bond berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Wyoming yang difailkan pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas 007 Pierce Brosnan Kembali

ARTIKEL BERKAITAN: Pierce Brosnan Bangga Dicop Pencinta Alam Ekstremis

Aktor veteran itu dijadualkan hadir ke mahkamah pada 23 Januari ini bagi sebutan kes di hadapan Majistret Stephanie Hambrick.

Pengunjung taman negara dengan keluasan 3,500 kaki persegi itu memang tidak dibenarkan keluar daripada laluan pejalan kaki dan denai ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tergelincir memandangkan tanah di kawasan air panas itu nipis dan mudah retak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain