suria

Hubungan cinta 7 tahun Mariah Carey dengan penari berakhir, Bryan Tanaka dedah punca perpisahan

Mariah dan Bryan mengambil keputusan berpisah secara baik.

SELEPAS beberapa minggu berita perpisahan mereka berlegar-legar di media sosial, bekas teman lelaki penyanyi Mariah Carey tampil mengesahkan hubungan itu sudah berakhir.

Bryan Tanaka, 40, bagaimanapun memberitahu percintaan tujuh tahun dengan Mariah berakhir dengan baik memandangkan keputusan itu dibuat secara bersama.

"Dengan emosi yang bercampur baur, perpisahan dengan Mariah Carey berakhir baik selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan luar biasa bersama.

Snapinsta.app_128048531_758415131697063_91938344078063591_n_1080

Sebelum ini timbul dakwaan Tanaka meninggalkan Mariah kerana dia mahukan anak.

"Keputusan kami membawa haluan masing-masing dibuat bersama, kami kongsikan dengan rasa hormat yang mendalam dan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas masa yang tidak ternilai yang kami kongsi bersama.

"Kenangan yang kami cipta dan kerjasama artistik terpahat di hati saya selama-lamanya," katanya.

Tanaka yang juga seorang penari profesional menjelaskan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagramnya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Akhirnya dia sedar kewujudan saya” - Berkali cuba nasib, sejuk tangan lelaki ini Mariah Carey respon tweet

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan larikan diri gagal, wanita peras ugut Lee Sun Kyun ditahan polis

Dalam masa sama, Tanaka juga menitipkan beberapa kata-kata murni buat Mariah, 53, yang sebelum ini melayannya dengan baik.

Malah Tanaka turut menyifatkan anak kembar Mariah bersama bekas suami Nick Cannon iaitu Morrocan dan Monroe, 12 tahun menyerikan hidupnya.

"Dedikasi Mariah kepada keluarga dan komitmennya terhadap kerjaya telah memberi inspirasi kepada kami semasa perjalanan kami bersama.

Snapinsta.app_66944341_377242589605369_968051556084797150_n_1080

Tanaka menyifatkan Mariah dan anak-anaknya sangat baik kepadanya.

"Saya ingin meluahkan rasa sayang dan penghargaan saya kepada Mariah dan anak-anaknya yang luar biasa, kemesraan dan kebaikannya telah menyerikan hidup saya dengan cara yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata," ujarnya.

Untuk rekod, Tanaka dan Mariah mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2016.

Spekulasi keretakan hubungan pasangan itu mula dihidu peminat apabila kelibat Tanaka tidak kelihatan ketika Mariah mengadakan konsert jelajah bersempena Hari Krismas iaitu Merry Christmas One And All.

Tanaka juga kali terakhir memuat naik foto bersama Mariah di Instagram pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain