suria

Tak bayar royalti komposer, Agnez Mo dilarang nyanyi lagu ciptaan Ari Bias 

Agnez dihalang untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Ari.

KOMPOSER asal Indonesia Ari Bias tetap dengan pendirian melarang penyanyi Agnez Mo menyanyikan lagu-lagu ciptaannya dalam mana-mana persembahan pentas.

Tindakan itu dibuat susulan pihak pengurusan Agnez enggan memberi kerjasama baik selepas Ari memegang hak cipta dan lesen terus (direct license) lagu ciptaannya dalam melindungi royalti seorang komposer.

Menurut Ari dia sudah berhubung dengan pihak pengurusan Agnez sejak Julai tahun lalu namun gagal mendapatkan sebarang maklum balas mengenai isu tersebut.

agnez 1

Pihak pengurusan Agnez diminta untuk memberi maklum balas kepada tuntutan Ari.

"Pihak pengurusan Agnez tidak bertanggungjawab disebabkan tidak pernah memberi respon saya melarang lagu-lagu ciptaan saya untuk Agnez dinyanyikan dalam mana-mana acara," katanya.

Direct license merupakan satu perjanjian antara komposer dan penyanyi yang menetapkan syarat-syarat tertentu buat seorang artis membawakan lagu ciptaan mereka.

Menerusi perjanjian tersebut, seorang komposer boleh mendapatkan hasil kutipan royalti lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini rahsia Agnez Mo bertahan lama, ada prinsip tolak undangan nyanyian di kelab tarian bogel

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari nampak berisi dan semakin ceria, peminat harap ada berita gembira

"Kompoer tidak mendapat hak royalti atau kutipan daripada artis yang membawakan lagu-lagu mereka di konsert," ujarnya

Memetik laporan Suara, Agnez dikatakan tidak pernah membayar royalti lagu-lagu ciptaan Ari sebelum ini.

Untuk rekod antara lagu-lagu ciptaan Ari untuk Agnez adalah Bilang Saja, Tak Bisa, Ku Di Sini, Bukan Milikku Lagi dan Tak Kan Sampai Di Sini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain