WALAUPUN usianya hampir mencecah 50 tahun namun pelakon dan penyanyi Kim Jong Kook belum berhenti berharap bertemu jodoh dan membina sebuah keluarga bahagia. Jong Kook, 48, berkata, dia akan cuba mencari pasangan sesuai dan mendirikan rumah tangga secepat mungkin. Peserta program Running Man itu memberitahu perkara tersebut ketika menghadiri acara SBS Entertainment Awards 2023 yang berlangsung pada Sabtu lalu. Jong Kook masih kelihatan segak meskipun usianya hampir mencecah 50 tahun. "Saya tidak tahu bila tetapi saya akan cuba melakukannya secepat mungkin," katanya. Bagaimanapun jawapan diberikan Jong Kook itu mengundang hilaian ketawa rakan-rakan yang duduk semeja dengannya kerana mengatakan pelakon itu memberi jawapan sama sejak 20 tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Kim Jong-kook tunai janji, derma hasil YouTube RM250,000 kepada 2 hospital ARTIKEL BERKAITAN: Ahli bina badan Kanada tak percaya Kim Jong Kook mampu bina otot sasa pada usia 45 tahun, tuduh guna steroid Malah rakan baiknya iaitu Yoo Jae Suk secara bergurau memberitahu sudah penat menunggu bila Jong Kook akan menamatkan zaman bujangnya. Sebelum ini, peminat pernah cuba menjodohkan Jong Kook dengan Song Ji Hyo dengan menggelarkan mereka ’Spartace couple’. Namun Jong Kook hanya menganggap aktres itu sebagai seorang adik perempuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!