PERSONALITI televisyen Blac Chyna memilih untuk mengecilkan payudaranya selepas bertahun-tahun memiliki buah dada yang besar. Menurut Chyna, dia sudah bosan dengan payudara yang tidak sesuai dengan bentuk tubuhnya. "Ya saya melakukannya sekali lagi. Saya nak keluarkan buah dada saya. Chyna tanggung sakit selepas mengecilkan payudara. "Saya sudah bosan dengan rupa palsu yang terlalu besar dan tidak sesuai dengan tubuh badan saya sebagai manusia," katanya. Kata Chyna, dia memutuskan untuk mengecilkan payudara itu dan menjalani pembedahan pada 21 Disember lalu. Chyan bagaimanapun berkata doktor yang merawatnya menyarankan dia memasukkan separuh implan bagi mengelakkan payudaranya menjadi lembik. ARTIKEL BERKAITAN: Video Intim Blac Chyna Dengan Bekas Kekasih Tersebar ARTIKEL BERKAITAN: Blac Chyna Hidup Mewah Selepas Berpisah Bagaimanapun selepas mengecilkan payudaranya dia mengalami sedikit komplikasi kerana implan berkenaan. "Otot payudara saya mengecil mengecut di sekeliling implan dan ia sangat menyakitkan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!