suria

Rai tahun baharu bersama suami, Cardi B tiada niat kembali ke pangkuan Offset

Cardi B dan Offset sambut malam tahun baharu bersama.

SELEPAS video Cardi B bersama suami meraikan malam tahun baharu di sebuah kelab malam di Miami tular, ramai membuat spekulasi pasangan itu sudah kembali berbaik.

Cardi, 32, bagaimanapun memberitahu mereka tidak merancang meraikan ambang tahun baharu bersama dan berada di kelab tersebut secara kebetulan.

Tambahnya, dia tetap dengan pendirian mahu meneruskan penceraian dengan Offset meskipun malam berkenaan mereka bermalam bersama.

Cardi B 1

Cardi tetap dengan pendirian untuk berpisah dengan Offset.

"Adakah saya berparti dengan bapa kepada anak-anak saya? Jawapannya ya. Adakah kami melakukan hubungan seks pada malam itu? Jawapannya juga ya.

"Kami berkahwin selama tujuh tahun namun saya tidak ada perancangan untuk kembali ke pangkuannya," katanya.

Cardi memaklumkan perkara itu ketika membuat siaran langsung di X (Twitter) yang sempat dirakam oleh peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah banyak kali berpisah, Cardi B nekad mula hidup baru tanpa Offset

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B mengaku bersalah cetus pergaduhan di kelab, dilarang dekati mangsa selama 3 tahun

Pemenang anugerah Grammy itu merasakan bahawa dia dan Offset atau Kiari Kendrell Cephus masih mempunyai perasaan cinta di antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Cardi menjelaskan dengan meraikan malam tahun baharu bersama itu tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi.

Cardi B 2

Cardi dan Offsert berpisah pada Disember 2023.

Cardi turut mendedahkan mereka kini sedang menjalani terapi pasangan dan bakal kembali bersama sekiranya semua berjalan dengan lancar.

Untuk rekod, Cardi B dan Offset berkahwin secara rahsia pada 2017 namun berpisah pada Disember 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kulture Kiari, 6 dan Wave Set, 3 tahun.

Jadilah seahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain