suria

Berita tentang album baharu ‘sampah’, Britney Spears tak akan kembali ke dunia muzik

Britney tidak mahu kembali dalam bidang muzik.

PENYANYI Britney Spears menyangkal khabar angin mengatakan dia kini sedang dalam proses pembikinan album terbaharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Britney, 43, menegaskan perkara itu palsu malah memaklumkan dia tidak akan kembali semula ke industri muzik.

"Sekarang banyak berita sampah! Mereka terus mengatakan saya mencari penerbit untuk buat album baru.

Britney 1 (1)

Kenyataan Britney berkenaan dakwaan tersebut.

"Saya tidak akan kembali ke industri muzik!," katanya.

Britney memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Sebelum ini, media di Amerika melaporkan Britney ada menghubungi beberapa artis dan penulis lagu seperti Charli XCX dan Julia Michaels untuk membantunya menerbitkan album terbaharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu muda untuk jadi bapa, Britney Spears gugurkan anak Justin Timberlake

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears dan Sam Asghari berpisah selepas setahun kahwin

Berdasarkan laporan tersebut, Britney masih belum merakamkan sebarang lagu memandangkan dia masih dalam peringkat perbincangan mengenai album tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir Britney melancarkan album adalah pada 2016 menerusi Glory.

Bagaimanapun sebelum ini Britney ada mengeluarkan single seperti Hold Me Closer dan Mind Your Business untuk mengubat kerinduan peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain