suria

Sikap Kanye West semakin pelik! Larang isteri pakai seluar ketika keluar bersama

Kanye meminta supaya isterinya tidak lagi memakai seluar pada 2024.

SETIAP kali datangnya tahun baharu, pasti ramai di antara kita mempunyai azam dan hasrat yang mahu dicapai.

Bagaimanapun penyanyi rap bermasalah Kanye West tampil dengan azam yang cukup berbeza dan pelik sehingga menyebabkan dia menjadi sasaran kritikan netizen.

Mana tidaknya, dia meminta supaya isterinya Bianca Censori mengubah penampilannya dengan tidak memakai seluar jika keluar bersamanya.

Kanye 2

Hantaran yang dibuat Kanye memperlihatkan Bianca tidak memakai seluar.

"Tiada lagi seluar untuk 2024," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Rabu lalu.

Menerusi hantaran tersebut, Kanye turut memuat naik foto Bianca tidak memakai seluar dan hanya mengenakan legging.

Susulan itu, netizen meluahkan rasa kurang senang dengan azam Kanye itu dan menyifatkan penyanyi rap itu memerlukan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West sudah berkahwin dengan pereka fesyen, majlis diadakan secara tertutup

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja dedah Kanye West suka tayang gambar bogel Kim Kardashian, tonton video lucah ketika mesyuarat

Malah ramai berasa kasihan dengan Bianca yang terpaksa mengikut semua arahan suaminya apatah lagi wajah wanita itu dilihat sering dalam keadaan muram ketika bersama Kanye.

Perkembangan terbaharu itu juga dikatakan sebagai bukti Kanye mengongkong isterinya seperti mana dilakukan terhadap bekas isterinya, Kim Kardashian sebelum ini.

Kanye dan Bianca melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada Disember 2022 hanya selepas 10 bulan sah bercerai dengan Kim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain