suria

Bosan dunia glamor, pelakon cantik tukar kerjaya jadi pemungut sampah

Kang Hee nekad tinggalkan dunia glamor.

BOSAN dengan kehidupan sebagai seorang anak seni, pelakon Choi Kang Hee nekad meninggalkan dunia glamor dan memulakan kehidupan baharu.

Kata Kang Hee, 47, dia tidak pernah merasa gembira dengan apa yang dilakukan sebelum ini meskipun sudah 25 tahun memulakan kerjaya dalam industri hiburan.

Selepas tidak lagi aktif berlakon, Kang Hee melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi tukang cuci di restoran.

choi kang hee 2

Kang Hee melakukan pelbagai kerja bagi menampung kehidupan.

Bukan itu sahaja, Kang Hee turut mengambil upah sebagai tukang cuci di rumah selebriti.

"Sudah tiga tahun saya tidak berlakon. Saya beritahu kepada keluarga untuk berhenti dan mereka setuju. Saya tukar nombor telefon dan beritahu kepada pengurus supaya tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

"Saya sudah bekerja selama 25 tahun dan tidak rasa gembira. Saya mencuba sesuatu selain bidang lakonan. Jadi saya mengambil kelas penulis. Saya juga buat kerja sambilan di restoran sebagai tukang cuci. Saya juga menjadi tukang cuci di rumah selebriti," katanya dalam satu temu bual.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita dibelasah suami di tepi jalan, saling bermaaf-maafan dan enggan buat laporan

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pelakon ‘Squid Game’ di Los Angeles kena pecah masuk, polis gagal kesan pelaku

Menerusi satu perkongsian di saluran Youtube miliknya, pelakon Queen of Mystery ini juga dilihat bekerja dalam bidang pembersihan sampah.

"Saya bekerja mengutip sampah hari ini di tengah malam. Sungguh seronok bekerja apabila tidak ramai orang berada di atas jalan," ujarnya dalam vido berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain