suria

Arnold Schwarzenegger terlalu sayang haiwan peliharaan, bagi cucu kongsi biskut dengan khinzir

Arnold berkongsi sarapan pagi dengan haiwan peliharaannya.

PELAKON Arnold Schwarzenegger mendedahkan perasan kasihnya terhadap haiwan peliharaan sehingga sanggup berkongsi makanan dengan binatang itu.

Bercakap mengenai perkara itu, Arnold, 77, berkata dia sering memberi haiwan peliharaannya biskut oatmeal dan turut menyediakan snek itu kepada cucunya.

Menerusi temu bual bersama Jimmy Fallon dalam program The Tonight Show, Arnold memberitahu dia membela tiga ekor anjing, dua ekor kuda dan seekor khinzir.

size NP 1 (8)

Arnold ketika di sesi wawancara The Tonight Show.

Semasa berbual rancangan berkenaan, Arnold menyatakan rasa sayang yang mendalam terhadap haiwan peliharaannya sehingga sanggup berkongsi hidangan sarapan pagi.

"Biskut oat yang kami susun, dibuat dengan madu, pisang dan oat. Ia pada mulanya dibuat untuk kuda, untuk Lulu dan untuk Wiski.

“Tetapi saya menyedari bahawa anjing itu juga menyukai oat itu dan kemudian saya mendapati khinzir saya juga sama. Walau bagaimanapun, khinzir itu menyukai segala-galanya. Batu pun dia makan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Arnold Schwarzenegger dedah hampir maut, doktor buat kesilapan ketika pembedahan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Arnold Schwarzenegger Jalani Pembedahan Jantung

Malah setiap kali anak perempuannya Katherine membawa cucunya Lyla dan Eloise ke rumah mereka di California, kanak-kanak itu tidak sabar berkumpul bersama binatang untuk menikmati snek lazat.

"Mereka kemudian berdiri dalam barisan. Sebaik sahaja kami melangkah keluar, salah seorang cucu perempuan saya bertanya, bolehkah dia mendapatkan lebih banyak biskut?

“Jadi saya berikan biskut kepada Lulu, kemudian kepada cucu-cucu lain, kemudian saya memberikan biskut kepada khinzir, dan dua gadis di taman itu juga,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain