suria

Selepas jalani hukuman penjara akibat dadah, Ammar Zoni ceraikan Irish Bella

Ammar dan Irish sah bercerai.

RUMAH tangga pasangan pelakon Indonesia Ammar Zoni dan Irish Bella berakhir dengan penceraian pada Khamis.

Ammar melafazkan cerai terhadap Irish di hadapan panel hakim mahkamah menerusi perbicaraan secara dalam talian.

"Perbicaraan ini dihadiri oleh kedua-dua pihak secara maya. Hakim berbincang dan bersetuju untuk membuat keputusan (bercerai)," kata pegawai perhubungan awam Mahkamah Agama Daerah Depok pada Khamis.

Ammar 1

Ammar dan irish mempunyai dua orang anak.

Semasa perbicaraan, hakim turut meluluskan permohonan Irish berkenaan hak penjagaan dua anak mereka.

Dalam masa sama, Ammar pula diberikan kebenaran untuk melawat kedua-dua anaknya.

"Irish Bella ditetapkan sebagai pemegang hak penjagaan anak," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Irish Bella fail cerai sebulan selepas suami keluar penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik! Pelakon Indonesia kena tangkap kali ketiga akibat dadah, isteri tidak tahan tuntut cerai

Pada November tahun lalu, Irish nekad menfailkan cerai terhadap Ammar kerana tidak lagi mampu menahan sikap pelakon itu yang merupakan seorang penagih dadah.

Penceraian itu difailkan sebulan selepas Ammar dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Untuk rekod, Irish dan Ammar sah mendirikan rumah tangga pada pada 28 April 2019.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Air Rumi Akbar, 4, dan Amala Puti Sabar Akbar 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain