suria

Rumah tangga hanya bertahan 2 tahun, Natalie Sarah menyesal kahwin lari tanpa restu

Natalie menyesal pernah kahwin lari.

PELAKON Indonesia Natalie Sarah menyesal kerana pernah bertindak berkahwin lari bersama bekas suaminya, Dian Rahmat Ginanjar sebelum ini.

Natalie, 41, berkata, ketika itu dia percaya keputusan itu sebagai tepat namun mulai sedar restu ibu bapa sangat penting apabila perkahwinannya mula dilanda badai.

"Restu ibu bapa itu sangat penting. Apa sahaja pilihan ibu bapa, insya-Allah adalah yang terbaik untuk anak-anak.

size NP 1 (63)

Natalie bahagia selepas peluk Islam dan berkahwin dengan Abdullah Rizal.

"Tapi jika kita langgar dan melawan cakap ibu bapa, hubungan itu tidak akan bertahan lama," katanya.

Selepas bertindak kahwin lari sekitar 23 tahun lalu, Natalie menjadi mualaf dan mengakui keputusan memeluk Islam ditentang keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakota Johnson Mahu Teruskan Tradisi Keluarga Kahwin Lari

ARTIKEL BERKAITAN: Jesicca Iskandar banyak kontroversi, suami pernah fikir mahu lari dan bercerai

"Tiada siapa membantu saya kecuali ibu selepas saya dihalau keluarga," katanya.

Tabah berdepan ujian hidup, Natalie bersyukur kerana kehidupannya kini kembali normal walaupun pernah berada dalam keadaan tertekan selepas ibunya meninggal dunia pada 2017.

Natalie kemudiannya bertemu jodoh dengan Abdullah Rizal pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain