suria

Luna Maya paranoid lepas sakit, kini mahu hidup sihat bahagia

Luna kini lebih pentingkan kesihatan.

PENINGKATAN usia membuatkan pelakon Luna Maya lebih menghargai aspek kesihatan dan kehidupan lebih sederhana.

Kata Luna, 41, definisi kebahagiaan dalalm hidupnya kini adalah menikmati waktu sihat agar dia boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Malah pengalaman jatuh sakit sebelum ini membuatkan dia sedar bahawa faktor umur atau kegiatan di usia muda mungkin menjadi penyebab seseorang itu tidak sihat.

luna maya 2

Pengalaman jatuh sakit membuatkan Luna lebih hargai hidup sihat.

"Pada usia 38 hingga 40 tahun sudah banyak perkara yang sudah saya buat. Saya hanya fikir mahu sihat sahaja selepas berdepan masalah kesihatan.

"Ketika itu saya menangis sebab lambat sembuh. Saya jadi paranoid sehingga terfikir perkara aneh.

"Penyakit boleh datang secara tiba-tiba pada usia 40 tahun tanpa sedar disebabkan apa kita buat masa muda atau disebabkan gaya hidup tidak sihat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya, Maxime seronok tayang bahagia... Pendakwah terkenal puji hubungan ikhlas, nasihat segera nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Video mengamuk dengan pekerja tersebar, rakan tampil pertahan Luna Maya

Dalam pada itu, Luna berkata, seorang selebriti yang sudah memulakan karier seni sejak awal usia 20-an dia kini tidak lagi mengejar kebendaan dan kemasyhuran.

"Ketika umur 20-an kebahagiaan adalah memiliki rumah, kereta dan semua bersifat material. Masuk usia 30-an pula saya bahagia apabila ada perniagaan sendiri dan mahu rasa dihormati.

"Sekarang kalau saya sakit, siapa yang mahu bayar gaji pekerja? Saya mahu sihat dan teruskan kehidupan sebab kalau kesihatan terganggu, semuanya berakhir," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain