PERSONALITI media sosial sensasi Indonesia Lucinta Luna mendedahkan ramai artis popular mahu berkolaborasi mencipta isu sensasi demi meraih populariti. Kata Lucinta atau Muhammad Fattah, ramai ingin menggunakan dirinya sebagai subjek kontroversi kerana sedar apa sahaja berkaitan dengan dirinya akan mendapat perhatian netizen. Malah dakwanya dia juga pernah dijanjikan dengan bayaran lumayan malah pernah menerima tawaran RM1 juta sebagai habuan mencipta isu sensasi di media sosial. Lucinta tolak pelawaan ramai artis popular untuk kolaborasi. "Banyak artis yang mahu bekerjasama dengan saya sebab sedar kesan yang bakal mereka terima dari segi populariti. "Ada yang tawarkan bayaran lumayan sebanyak RM1 juta demi mencari perhatian menggunakan saya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dedah ‘tidur’ dengan 28 pelakon terkenal Indonesia, menyesal buat pembedahan buang zakar ARTIKEL BERKAITAN: ‘Siksa Neraka’ buat Lucinta Luna insaf... Bakar koleksi bikini, mahu derma rambut palsu buat pesakit kanser Bagaimanapun kata Lucinta, dia menolak tawaran diberikan kerana buat masa ini dia mahu hidup tenang tanpa mencetuskan sebarang kontroversi di media sosial. Insiden dia meringkuk di dalam penjara sekitar empat tahun lalu akibat dadah sudah cukup membuatkan dia insaf dan mahu menjadi insan lebih baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!