suria

Bunga Citra Lestari tak mahu anak, risiko besar mengandung usia 40-an

Bunga tidak rancang tambah anak.

PENYANYI Bunga Citra Lestari tidak merancang memiliki cahaya mata bersama suaminya iaitu Tiko Aryawardhana.

Menurut Bunga dia enggan mengambil risiko memandangkan usianya kini sudah menjangkau 41 tahun dan sudah tidak sesuai untuk hamil.

"Rasa tidak mahu anak lagi, saya sudah tua. Mungkin berisiko sebab saya sudah lebih 40 tahun. Usia 35 hinga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil," katanya dalam satu temu bual.

bcl 2

Anak Bunga juga menerima baik kehadiran Tiko.

Pernikahan dengan Tiko merupakan yang kedua buat Bunga selepas kematian suaminya iaitu pelakon Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari 2020.

Hasil perkahwinan terdahulu, Bunga memiliki seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang kini berusia 14 tahun.

Tambah Bunga selepas kehilangan Ashraf dia pernah terfikir untuk terus hidup sendiri kerana merasakan tiada lelaki yang boleh memahami dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakon babak mesra bersama Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari mengaku tak terfikir suami

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari nampak berisi dan semakin ceria, peminat harap ada berita gembira

Bagaimanapun kehadiran Tiko telah membuka hati Bunga untuk kembali menerima seorang lelaki sebagai teman hidup.

"Saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi terfikir mungkin terus hidup sendiri. Hampir lapan bulan menangis setiap hari selepas kehilangan dia.

"Kemudian saya cuba untuk membuka lembaran baru. Pasti ada perbezaan kerana dia (Tiko) bukan Ashraf. Saya jalani hidup baru kerana saya juga sudah berbeza," ujarnya.

bcl 3

Tiko berjaya membuka hati Bunga untuk kembali berkahwin.

Bunga dan Tiko mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Tiko juga sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain