SELEPAS mencetuskan pelbagai kontroversi menerusi The Women In Me, penyanyi Britney Spears tampil membuat permohonan maaf kepada mana-mana individu yang berkecil hati dengan pendedahannya dalam biografi berkenaan. Britney, 43, turut meluahkan rasa kesal dengan kisah yang didedahkan termasuk pernah menggugurkan kandungannya ketika bercinta dengan penyanyi Justin Timberlake. "Saya ingin memohon maaf atas beberapa perkara yang saya tulis dalam buku tersebut. "Jika saya menyinggung perasaan mana-mana pihak yang benar-benar saya sayangi, saya amat menyesal," katanya. Britney mendakwa pernah hamil anak Justin. Britney berkongsi perkara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Britney memberitahu dia menyukai single terbaharu Justin yang berjudul Selfish. Britney menyifatkan lagu berkenaan sangat baik dan jatuh cinta kepada lagu tersebut. "Saya juga ingin mengatakan saya jatuh cinta dengan lagu baru Justin Timberlake iaitu Selfish. Ia sangat bagus,”ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu muda untuk jadi bapa, Britney Spears gugurkan anak Justin Timberlake ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears dan Sam Asghari berpisah selepas setahun kahwin Pendedahan terbaharu itu mengejutkan peminat apatah lagi mereka melancarkan kempen mempopularkan kembali lagu Britney dengan tqjuk sama bagi mensabotaj Justin. Usaha itu juga membuahkan hasil apabila lagu tersebut menduduki tangga pertamq carta Spotify di Amerika Syarikat. Selfish adalah lagu bonus menerusi album Britney Femme Fatale yang dilancarkan pada 2011. “Saya tak percaya Britney yang menulis perkarq ini. Dia jatuh cinta semulq dengan Justin? “Adakah akaun Instagram Britney digodam?,” komen peminat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!