suria

Pinkan Mambo mudah merajuk tapi senang pujuk, suami lembutkan hati dengan ciuman

Pinkan sentiasa bimbang suami simpan wanita lain.

SUAMI kepada penyanyi Pinkan Mambo mendedahkan isterinya seorang yang sangat cemburu namun mudah untuk dipujuk.

Kata Arya Khan, sekiranya berlaku salah faham atau pertengkaran Pinkan lebih selesa sekiranya suaminya meminta maaf.

Tidak hanya itu, Pinkan juga mahu dicium berulang kali sebagai tanda disayangi oleh suaminya.

pinkan

Pinkan tak mahu berenggang dengan suami.

"Pinkan suka kalau suami minta maaf terlebih dahulu... kalau dia merajuk dia suka dipujuk dan dicium sehingga dia reda dari kemarahan," katanya.

Arya berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di media sosial miliknya selepas tular sebuah video memaparkan dia bersama Pinkan bertengkar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Arya memberitahu dia dan isteri bertengkar kerana salah faham kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal di TikTok tak sampai sebulan, Pinkan Mambo pilih penjual ubi kayu sebagai suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dia salah faham...” - Nama Pinkan Mambo terjejas selepas anak dakwa terima gangguan seksual bapa tiri

Jelasnya, isterinya tidak dapat menghubunginya kerana bateri telefon bimbitnya habis membuatkan dia memikirkan sesuatu yang tidak masuk akal.

"Dia fikir saya jumpa perempuan lain sedangkan telefon bimbit saya kehabisan bateri," kongsinya.

Untuk rekod, Pinkan dan Arya mendirikan rumah tangga pada hujung 2023 selepas sebulan berkenalan di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain