suria

Suka makan sambil mandi, peminat risau Jessica Biel ada masalah mental

Jassica mula ada habit ini sejak 2020 lagi.

PELAKON Jessica Biel mendedahkan dirinya mempunyai habit pelik iaitu suka menikmati makanan sambil berada di bawah pancuran air di bilik mandi.

Jessica, 41, berkata perbuatan tersebut memberikannya satu kepuasan dan membuatkan dia menjadi seorang yang cekap melakukan pelbagai perkara dalam satu masa.

jass1

Jessica kerap kongsi dirinya makan di bilik air.

"Saya suka menggigit dan menghirup sesuatu semasa mandi. Tak susah ingin melakukannya cuma menjauhkan sabun semasa mandi itu agak sukar.

"Mungkin ramai yang akan risau air memasuki mulut... tapi anda hanya perlu mengunyah dengan mulut tertutup dan mandi.

"Saya juga kadang kala masukkan air ke dalam mulut dan meludahkannya semasa mandi," katanya menerusi aplikasi TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Biel kongsi pengalaman bersalin ketika pandemik, lega dapat ditemani suami

ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Biel Ajar Anak Pendidikan Seks

Bagaimanapun perkara itu menimbulkan rasa geli oleh segelintir peminat dan menyifatkan Jessica mempunyai masalah mental.

Malah ada di antara mereka juga merasakan makanan tidak sepatutnya dibawa ke bilik air.

"Perbuatan itu sangat pelik, awak patut periksa mental awak.

"Makanan tak sepatutnya ada dalam bilik air, ia patut di dapur atau meja makan," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain