suria

Lakon babak mesra bersama Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari mengaku tak terfikir suami

Reza dan BCL sememangnya akrab sejak dahulu.

ADEGAN intim penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) bersama aktor Reza Rahadian di dalam filem Pasturi Gaje menjadi bualan netizen di media sosial.

Ada segelintir penonton berpendapat lakonan BCL itu dianggap tidak menjaga perasaan suaminya iaitu Tiko Aryawardhana memandangkan mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Menjawab mengenai perkara itu, BCL memberitahu dia hanya mendalami wataknya sebagai Adelia di dalam filem berkenaan.

bcl

BCL dan Reza sebagai pasangan suami isteri dalam Pasutri gaje.

Malah semasa melakonkan babak berkenaan dia tidak mengingati suaminya.

"Saya tak ingat fasal suami kerana di dalam set penggambaran saya sebagai Adelia dan Reza sebagai Adimas," katanya di saluran YouTube Kiky Saputri Offical.

Kata BCL, dia juga kadang kala terbawa-bawa watak mesranya bersama Reza meskipun berada di luar set penggambaran.

"Kadang-kadang pengarah susah kata berhenti tapi saya dan Reza masih lagi dalam karakter suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari nampak berisi dan semakin ceria, peminat harap ada berita gembira

ARTIKEL BERKAITAN: Bilang hari bahagia... Bunga Citra Lestari buang nama Sinclair, tukar ‘username’ Instagram

"Reza juga masih terbawa watak Habibie dan menganggap saya sebagai isterinya seperti dalam filem Habibie Ainun," ujarnya.

Untuk rekod, Tiko melangsungkan pernikahan dengan Bunga di sebuah hotel mewah di Bali pada 2 Disember tahun lalu.

Sebelum itu, Bunga mendirikan rumah tangga dengan Ashraf Sinclair pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah, 14.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain