suria

Ryan Gosling kecewa pelakon dan pengarah ‘Barbie’ tak tercalon Oscar… Margot Robbie, Greta cipta fenomena

Ryan kecewa pelakon wanita dan pengarah filem Barbie tidak tercalon dalam Oscar 2024.

PELAKON Ryan Gosling meluahkan rasa kecewa apabila aktres Margot Robbie dan pengarah Greta Gerwing tidak dicalonkan dalam senarai Anugerah Oscar 2024.

Di sebalik kejayaannya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Ryan, 44, juga menganggap Margot dan Greta adalah dua individu penting yang telah membawa kegemilangan dalam filem Barbie.

"Tiada Ken tanpa Barbie, dan tiada filem Barbie tanpa Greta serta Margot. Dua orang yang penting dalam mencipta sejarah ini. Filem yang mendapat sambutan di peringkat global.

barbie - 1

Margot dan Ryan membintangi filem popular Barbie.

"Tanpa pengiktirafan boleh dicapai tanpa bakat dan kebijaksanaan mereka berdua.

"Untuk mengatakan saya kecewa kereana mereka tidak tercalon dalam kategori masing-masing mungkin sesuatu yang dianggap remeh," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Barbie' filem terlaris 2023, kutipan box office cecah RM6.48 bilion

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber teruja dapat tahu ada pertalian darah dengan Ryan Gosling dan Avril Lavigne

Ryan tercalon di Anugerah Oscar bersama Sterling K. Brown (American Fiction), Robert De Niro (Killers of the Flower Moon), Robert Downy Jr. (Oppenheimer) dan Mark Ruffalo (Poor Things).

Margot yang merupakan pelakon utama filem Barbie tidak tersenarai dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Greta pula gagal menempatkan nama untuk senarai Pengarah Terbaik.

Bagaimanapun Margot yang merupakan penerbit filem berkenaan bersaing dalam kategori Filem Terbaik.

Sementara itu seorang lagi pelakon Barbie iaitu America Ferrera turut tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Filem Barbie yang ditayangkan tahun lalu mencipta fenomena apabila berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM6.48 bilion.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain