ASYIK menunjukkan kebahagian di media sosial, pendakwah terkenal Indonesia Yusuf Mansur meminta pasangan pelakon Luna Maya dan Maxime Bouttier agar segera menikah. Selain dilihat secocok sebagai pasangan, Yusuf berkata ketelusan hati Luna menjaga ibu Maxime iaitu Siti Purwanti sewaktu sakit sehinggalah meninggal dunia juga harus dipuji. Yusuf Mansur doa supaya Luna Maya cepat kahwin. Sikap penyayang yang dipamerkan oleh Luna kepada keluarga kekasih hatinya itu jelas menunjukkan tahap keikhlasan dalam hubungan mereka itu. "Ya saya dapat lihat tu, rasanya lebih baik (nikah) InsyaAllah kita doakan semoga cepat naik pelamin ya. ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dituduh terdesak mahu kahwin, rampas bunga tangan daripada orang lain ARTIKEL BERKAITAN: Kenang kisah cinta tak menjadi, Luna Maya pernah buat lagu untuk Aeril Noah "Dengan izin Allah semoga semuanya dipermudahkan untuk mendirikan rumah tangga," kata Yusuf Mansur, menerusi YouTube Intens Investigasi. Tambah Yusuf lagi, dia berpendapat sekiranya pasangan ini berkahwin ia pastinya akan menggembirakan hati semua pihak termasuklah arwah ibu Maxime. "Sudah sempurna kalau semuanya dapat restu keluarga, pasti kalau arwah masih hidup mesti dia gembira dengan perkahwinan ini," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!