suria

Bibik kena rasuk dengar ayat Ruqyah, Atta Halilintar panggil ustaz ‘pagar’ rumah RM7.5 juta

Atta dan Aurel berpindah ke kediaman baharu di Pondok Indah, Jakarta.

SUSULAN pembantu rumah dirasuk, personaliti media sosial Atta Halilintar memanggil seorang ustaz datang bagi 'memagar' kediaman baharunya di Pondok Indah, Jakarta, Indonesia.

Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 29, berkata, pembantu rumahnya itu tiba-tiba meracau dan menjerit ketika dia membaca ayat Ruqyah sehingga membuatkan dia terpaksa mendapatkan bantuan.

Dedahnya, pembantunya itu memang seorang yang lemah semangat malah kejadian dirasuk sudah berlaku sejak di rumah lamanya.

"Alhamdulillah setiap sudut di rumah ini sudah 'dipagar' oleh ustaz.

atta1 - 1

Atta menjemput para ustaz untuk 'memagari' kediaman baharu miliknya.

"Pembantu rumah saya memang sensitif. Bukan cuma di rumah baru ini tapi juga kediaman lama dia selalu dirasuk," katanya.

Atta berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Menerusi video berkenaan, suami kepada penyanyi Aurel Hermansyah ini juga dilihat terkejut apabila pembantunya itu tiba-tiba dirasuk saat membaca Ruqyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kena 'body shaming', Atta Halilintar minta henti ejek tubuh wanita selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel tak cemburu Atta Halilintar ramai kawan perempuan, mengaku suami dulu playboy

Jelas Atta, insiden itu bukan dibuat-buat malah terpaksa memanggil ustaz untuk membacakan ayat suci al-Quran bagi menghalau anasir tidak baik yang ada dalam kediaman berkenaan.

"Ilmu agama saya tidak hebat mana walaupun saya sendiri yang baca Ruqyah... Masya-Allah tiba-tiba pembantu saya dirasuk lagi.

"Ia bukanlah perkara yang dirancang. Sebab itu saya minta bantuan ustaz datang ke rumah.

atta2 - 1

Rumah milik Atta dan Aurel didakwa berharga RM7.5 juta.

"Kata ustaz bukan hanya rumah tetapi orang yang tinggal di sini termasuk saya, isteri, anak-anak dan pembantu juga harus dibacakan doa," ujarnya.

Pada Disember lalu, Atta berkongsi foto kediaman baharunya yang didakwa bernilai IDR 25 juta (RM7.5 juta).

Menerusi perkongsian foto tersebut terlihat sebuah kediaman mewah yang tersergam indah selain reka bentuk unik dua kubus besar di bahagian atas rumah turut mencuri perhatian ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain