suria

Hailey Bieber selalu lepak dengan kawan, timbul pula khabar angin bakal bercerai

Hailey beri bayangan nak bercerai?

TIADA angin tiada ribut, secara tiba-tiba timbul spekulasi mendakwa hubungan rumah tangga pasangan selebriti iaitu Justin Bieber dan Hailey Bieber kini sedang berantakan.

Ini selepas Hailey dilihat tidak menghabiskan waktu bersama suaminya sebaliknya memilih untuk berhibur bersama rakan-rakannya.

Hailey dan Justin belum bercerai

Hailey dan suami Justin Bieber bakal bercerai?

Menguatkan lagi spekulasi apabila baru-baru ini Hailey keluar bersama rakannya iaitu Kendall Jenner di Beverly Hills California.

Dalam pada itu, orang ramai juga memberitahu pernah terserempak dengan Hailey dan Kendall di satu kawasan elit.

Menjengah di ruangan Instagram milik suaminya, Justin pula tidak memberikan sebarang petanda sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Malah, foto bersama masih lagi dikongsi di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber kena tempias perangai isteri, peminat jerit tak puas hati semasa konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber sokong Israel, isteri pula pilih bersama Palestin... Siap buka tabung bantuan

Dalam pada itu, pertemuannya dengan Kendall baru-baru ini, Hailey membuatkan peminatnya terkejut apabila dia memuat naik video di aplikasi TikTok memberi bayangan mengenai status hubungan bersama suami.

Video tersebut dikatakan seolah-olah memberi bayangan mereka bakal bercerai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain