suria

Pelawak Jo Se Ho akhirnya bakal berkahwin, pilih wanita 9 tahun lebih muda sebagai isteri

Jo Se Ho sudah sedia bergelar suami selepas setahun bercinta.

DALAM diam pelawak Jo Se Ho mengumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya tidak lama lagi.

Media melaporkan wanita yang berjaya menawan hati Se Ho, 42, itu bukan dalam kalangan selebriti selain sembilan tahun lebih muda daripadanya.

Wanita itu yang bekerja sebagai pegawai di sebuah perusahaan berjaya menambat hati pelawak itu disebabkan mempunyai kecantikan luar biasa selain terpikat dengan kepintarannya.

size NP 1 (14)

Jo Se Ho pilih wanita sembilan tahun lebih muda sebagai pilihan hati.

Hubungan pasangan itu bertambah rapat kerana mempunyai minat dalam bidang fesyen dan sudah menjalinkan percintaan sejak setahun lalu.

Keputusan berkahwin juga dibuat selepas melihat keserasian selain rasa cinta mendalam di antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia sudah menghampiri 50 tahun, Kim Jong Kook belum putus asa cari calon isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin Jo In Sung bakal kahwini Park Sun Young tersebar, agensi tampil jawab spekulasi

Malah pelawak itu sudah pun memaklumkan mengenai keputusan menamatkan zaman bujang kepada teman rapat dalam industri hiburan.

Bagaimanapun Se Ho tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka bakal berkahwin dan majlis itu dijangka diadakan secara tertutup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain