PERSONALITI media sosial Lucinta Luna membuat pendedahan berani apabila mendakwa dia pernah melakukan hubungan seks dengan 28 orang pelakon popular di Indonesia. Lucinta berkata, ada di antara mereka menidurinya sebelum dia melakukan transformasi penuh menjadi seorang wanita. "Saya sudah 'merasa' 28 pelakon ada yang sebelum dan ada selepas saya melakukan pembedahan (menukar jantina)," katanya. Lucinta sebak kongsi pengalaman hidup sepanjang menjadi perempuan. Lucinta berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu di saluran YouTube Samuel Christ baru-baru ini. Dalam temu bual itu juga, Lucinta berkata, dia sanggup berhabis wang demi melakukan pembedahan menukar jantina demi memiliki alat kelamin wanita terbaik dan paling mahal di Thailand. Malah kata Lucinta, beberapa lelaki yang pernah menidurinya kagum dengan hasil pembedahan dilakukan malah ada menyangka kemaluannya asli. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Siksa Neraka’ buat Lucinta Luna insaf... Bakar koleksi bikini, mahu derma rambut palsu buat pesakit kanser ARTIKEL BERKAITAN: Buat muka lagi! Lucinta Luna bangga tayang wajah baharu, siap nak ‘spill’ nama hospital "Siapa yang pernah tidur dengan saya tentu kagum dengan alat kemaluan saya. Bentuk yang sama malah lebih putih dan bersih daripada yang lain," kongsinya. Bagaimanapun dia kini ingin kembali ke fitrah asalnya malah berhasrat untuk mendapatkan kembali zakarnya yang telah dibuang. Namun dia menyedari perkara tersebut bukanlah semudah disangka namun berharap ia dapat direalisasikan suatu hari nanti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!