suria

Pakai topeng ketika memasak, netizen anggap Kanye West layan isteri macam hamba

Bianca terlihat tidak gembira di sisi Kanye.

NAMA penyanyi rap Kanye West sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila berkongsi foto penampilan isterinya sedang memasak di dapur.

Apa mencuri perhatian adalah isterinya iaitu Bianca Censori mengenakan topeng muka kulit berwarna hitam dipadankan dengan baju menampakkan bahagian belakang badan.

Pemilihan fesyen ketika memasak itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila Bianca dilihat seperti terpaksa dan seolah-olah berbogel ketika berada di rumah.

kanye2

Penampilan Bianca yang semakin tak masuk akal.

Rata-rata netizen bersimpati dengan Bianca malah menanggap wanita berkenaan menjadi mangsa penderaan psikologi Kanye.

Malah mereka berharap rakan terdekat pasangan berkenaan mampu menyelamatkan Bianca daripada kelakuan tidak masuk akal suaminya.

"Ini tak masuk akal! Kenapa tak ada sesiapa nak bantu wanita ini? Dia isteri bukan haiwan peliharaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West cabut semua gigi ganti titanium bernilai RM4 juta, tiru watak jahat filem ‘James Bond’

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap Kanye West semakin pelik! Larang isteri pakai seluar ketika keluar bersama

"Dia terlihat tak gembira, suami dia mengawal minda dan mempergunakan dirinya," antara komen netizen.

Kanye dan Bianca telah berkahwin pada 2022 selepas penyanyi berkenaan berpisah dengan Kim Kardashian pada tahun yang sama.

Sejak itu Bianca dilihat mengenakan pelbagai jenis pakaian yang pelik selain berkaki ayam sambil ditemani suami di sisi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain