KISAH artis memberi hadiah kepada peminat kesayangan mereka bukan perkara pelik malah sudah menjadi kebiasaan sebagai tanda terima kasih atas sokongan ditunjukkan. Tapi berlainan pula halnya dengan bintang kpop HyunA yang memberikan kad kredit miliknya kepada seorang peminat setianya baru-baru ini. HyunA menyerahkan kad kredit kepada peminatnya itu bagi membolehkan dia membeli makan kegemarannya di sebuah restoran. Hubungan HyunA dengan peminatnya sangat akrab. Penyanyi itu mendedahkan perkara berkenaan secara langsung apabila dia muncul dalam program Jaefriends yang dihoskan oleh Kim Jaejoong. Bagi kebanyakan orang, kad kredit adalah perkara peribadi yang terdedah jika ia bertukar tangan. ARTIKEL BERKAITAN: Hyuna dan Yong Junhyun kongsi gambar romantis, tapi peminat pula tak setuju mereka bercinta ARTIKEL BERKAITAN: HyunA dituduh curang dan pernah gugurkan kandungan, DAWN pula mahu ambil tindakan undang-undang Namun HyunA tidak risau kerana menganggap hubungannya dengan peminat mempunyai ikatan kuat. Malah ada segelintir peminat menggelarkan dia sebagai malaikat kerana perbuatan berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!