suria

Kris Shen tak malu jual ayam di pasar, ceburi pelbagai perniagaan tampung kehidupan

Kris akui perniagaan yang diceburi memberi keuntungan lumayan.

STATUS sebagai seorang selebriti popular tidak pernah membuatkan pelakon Kris Shen malu memulakan perniagaan menjual ayam di pasar.

Bukan sahaja menjadi 'tauke', malah Kris sendiri yang menguruskan perniagaan tersebut termasuk memotong dan menjual kepada pelanggan.

Kata Kris, 32, dia menceberui bidang baharu ini sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan selain dunia lakonan.

Malah baginya apabila usia semakin meningkat, dia merasakan perlu bijak mengambil peluang tanpa hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.

kris shen 2

Kris juga menceburi pelbagai cabang perniagaan selain bidang seni.

"Saya semakin matang sekarang dan sudah tiba masanya untuk teruskan hidup dengan cara yang saya mahukan.

"Saya bukanlah lahir dalam keluarga yang berada. Jika keluarga kaya, tidak mungkin saya mula bekerja seawal usia 10 tahun," katanya.

Kris berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyuna dan Yong Junhyun kongsi gambar romantis, tapi peminat pula tak setuju mereka bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rap masuk hospital alami kecederaan serius, tisu bahu koyak semasa jalani latihan tentera

Tambahnya lagi dia juga menulis perkara tersebut bagi menjawab spekulasi kononnya melalui fasa hidup susah dan sudah tidak popular.

Kris sebelum ini juga pernah menjalankan beberapa perniagaan lain bagi menampung kehidupan hari terutama sejak dunia dilanda wabak Covid-19.

Perniagaan menjual bahan mentah itu diusahakan bersama kekasihnya.

Menurut Kris dia memilih perniagaan itu kerana sedar sumber makanan seperti ayam sentiasa mendapat permintaan ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain