suria

Isteri Raffi Ahmad pakai beg tangan RM16,500 ketika hantar bantuan Palestin, netizen sempat sindir rekaan tak nampak mewah

Beg tangan dipakai Nagita menerima sindiran netizen.

PELAKON Indonesia Nagita Slavina menerima sindiran netizen apabila mengenakan tas tangan dengan rekaan ringkas sewaktu menghadiri pelepasan kapal bantuan ke Palestin.

Pada majlis berkenaan, isteri kepada Raffi Ahmad itu memakai baju putih bersama seluar hitam dan membawa beg tangan berwarna perak.

Biarpun nampak ringkas, beg yang dibawa Nagita rupa-rupanya jenama fesyen terkenal iaitu Bottega Veneta.

size NP 1 (1)

Harga beg tangan Bottega Veneta yang dipakai oleh Nagita.

Meskipun menerima pandangan buruk berhubung rekaan namun beg itu dianggarkan berharga RM16,500.

Walaupun harganya mahal, reka bentuk beg itu menjadi bahan ejekan netizen dan berpendapat tidak semewah harganya.

"Beg Botega mungkin mahal, tetapi reka bentuknya tak nampak mewah.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan bertambah selepas bersalin, isteri Raffi Ahmad bimbang suami tak sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Pinggul kecil punca isteri Raffi Ahmad pilih bersalin secara pembedahan, trauma pengalaman lahir anak pertama

"Reka bentu apa ini? Tapi yang pelik ada juga yang beli beg tu ya," tulis netizen.

Untuk info, tas tangan Bottega Veneta dikatakan cukup popular di dunia dan ia direka oleh pereka British, Daniel Lee.

Bottega Veneta kini menjadi salah satu peneraju industri beg tangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain