PENYANYI rap Kanye West membuat kejutan apabila muncul dengan mengenakan gigi palsu titanium bernilai $850,000 (RM4 juta) ketika keluar bersama isterinya iaitu Bianca Censori. Kanye, 46, dilaporkan keluar bersiar-siar bersama isterinya itu di Chateau Marmont, Beverly Hills, Amerika Syarikat ditemani rakan mereka iaitu pelawak Chris Rock. Perkongsian Kanye di Instastory miliknya. Penyanyi berkenaan juga dilihat memuat naik foto memaparkan gigi baharunya itu di Instastory miliknya. Kanye berkongsi sebuah foto yang menunjukkan bahagian bawah muka ketika dia membuka mulut bagi mempamerkan gigi palsu titanium tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Sikap Kanye West semakin pelik! Larang isteri pakai seluar ketika keluar bersama ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih dakwa Kanye West dahaga perhatian, bercinta macam jaga kanak-kanak Malah menerusi satu lagi perkongsian yang dibuat, penampilan Kanye dikatakan diilhamkan oleh watak penjahat Jaws dalam filem James Bond. Sementara itu menurut laporan Daily Mail, penyanyi lagu Praise God ini pernah mendakwa barisan giginya dicabut dan digantikan dengan berlian yang dilakukan oleh Dr Thomas Connelly di Beverly Hills, Amerika Syarikat bersama juruteknik pergigian Naoki Hayashi. Penampilan baharu penyanyi berkenaan juga dapat dilihat sewaktu dia berbual dengan Chris di mana Kanye mendakap gigi palsunya itu bagi menarik perhatian ramai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!