suria

Mesej satu perkataan Jung Kook kepada peminat trending di seluruh dunia

Jung Kook berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan.

BERITA dua anggota BTS iaitu Tae Hyung dan RM menerima anugerah Pelatih Elit mendapat perhatian peminat yang berbangga dengan pencapaian mereka.

Terbaharu, seorang lagi anggota BTS iaitu Jung Kook turut berjaya menamatkan latihan asas selama lima minggu dengan cemerlang.

Mesej ringkas yang ditinggalkan penyanyi itu menerusi akaun Weverse miliknya juga sudah cukup membuatkan peminat gembira sehingga ia trending di seluruh dunia.

553 (4)

Selain Jung Kook, Tae Hyung atau V juga sedang menjalani latihan ketenteraan.

"Uniti," tulisnya ringkas.

Satu perkataan itu membuatkan peminat yang menggelarkan diri mereka Army bahagia apabila mengetahui Jung Kook masih mengingati mereka dengan menghantar pesanan ringkas di platform media sosial.

ARTIKEL BEKRAITAN: Jungkook dan V tayang dada sebelum masuk kem tentera, ucap selamat tinggal kepada peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Foto lepak dengan kawan tersebar, Jungkook (BTS) kecewa sikap peminat

Mesej ringkas itu juga adalah bukti penyanyi kesayangan mereka itu berada dalam keadaan sihat.

Kesemua anggota BTS yang sedang menjalani latihan ketenteraan ketika ini dijangka bakal kembali menghangatkan dunia hiburan pada 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain