KEPUTUSAN pelakon dan penyanyi Indonesia Boy William melakukan pembedahan plastik berbaloi apabila hasilnya mendapat pujian rakan baiknya iaitu Ayu Ting Ting. Boy yang melakukan pembedahan berkenaan di Seoul, Korea Selatan pada November tahun lalu memberitahu pada awalnya dia berasa ragu-ragu dengan hasilnya namun lega apabila Ayu menyukainya. Selebriti itu memberitahu selain membetulkan batang yang senget dia turut memancungkan hidungnya agar kelihatan lebih menarik. Ayu Ting Ting puji hidung Boy William selepas selesai pembedahan plastik. Boy memberitahu dia turut menghabiskan wang sebanyak RM300,000 bagi tujuan berkenaan. "Ayu Ting Ting antara individu terawal yang nampak hidung baru saya. Dia sukakan bentuknya walaupun pada awalnya hidung saya masih bengkak sikit," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa buruk sangka... Boy William dan Giorgino Abraham dituduh sengaja buat ‘content’ positif Covid-19 ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jadi bahan ketawa pakai bedak tutup ketiak hitam, ambil kesempatan promosi produk pemutih Boy juga memberitahu Ayu juga antara rakan yang mengetahui keputusannya mahu menjalani pembedahan plastik di luar negara. Dalam pada itu. Boy tidak bimbang dengan kecaman netizen tentang tindakannya melakukan pembedahan plastik kerana tidak mahu menipu hakikat sebenar. Kata Boy, sejak awal dia sudah bersedia dengan kata-kata kecaman warganet dan perlu berani berdepan dengan keputusan dibuatnya sebelum ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!