NAMPAKNYA semua khabar angin tentang hubungan penyanyi Victoria Beckham dan menantunya iaitu Nicola Peltz Beckham, 29, sudah berakhir. Victoria, 49, baru-baru ini menghantar ucapan hari jadi buat Nicola di Instagram dengan menggelarkan menantunya sebagai seorang yang baik hati, berbakat serta pandai menari.. "Selamat hari jadi Nicola Anne Peltz Beckham. Kami menyayangi kamu! Kasih sayang kamu, kebaikan, bakat dan kebolehan kamu mencari di atas pasir pantai cukup mengagumkan. Percutian keluarga besar Beckham di sebuah pulau baru-baru ini. "Kamu juga adalah seorang menantu yang penyayang," katanya. Victoria turut memuat naik video ketika Nicola dan anak lelakinya Brooklyn Beckham, 24, berkahwin pada 2022 sedang bergembira di tepi pantai sambil menari. ARTIKEL BERKAITAN: Menantu enggan sambut Krismas bersama, Victoria Beckham mengalah anak lebihkan keluarga mentua ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham simpan rahsia besar, David mungkin minta cerai kalau dapat tahu! Ucapan itu juga bukti tiada sebarang perselisihan faham di antara Victoria dan Nicola yang kecoh sebelum ini. Malah Nicola sendiri pernah menyangkal tuduhan itu dengan memanggil Victoria dan David Beckham sebagai mentua yang baik. Gosip mengatakan mereka tidak sebulu timbul selepas Nicola dikatakan enggan memakai gaun pengantin rekaan Victoria sebaliknya memilih jenama terkemuka dunia, Valentino. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!