suria

Park Min Young dituduh menipu skandal penggubahan wang haram, peminat boikot drama ‘Marry My Husband’

Netizen mahu boikot drama lakonan Park Min Young.

PELAKON Park Min Young dituduh menipu berhubung skandal penggubahan wang haram melibatkan bekas teman lelakinya iaitu Kang Jong Hyun.

Nama aktres itu menjadi perhatian selepas dia didakwa menerima wang berjumlah RM885,000 daripada Jong Hyun yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun, Min Young sebelum ini menafikan menerima wang tersebut malah hubungan mereka sudah putus sebelum isu berkenaan terbongkar.

size NP 1 (3)

Peminat Park Min Young mahu boikot drama lakonannya selepas tular isu skandal penggubalan wang haram.

Pendedahan terbaharu itu membuatkan peminat meluahkan rasa kecewa dan sepakat memboikot drama terbaharu lakonannya Marry My Husband yang sedang menjadi fenomena.

"Saya akan boikot drama lakonan Park Min Young!

"Dia kembali begitu cepat selepas kontroversi dan lihat apa dia sudah lakukan terhadap drama itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Young selesai jalani siasatan skandal penggubahan wang haram, nafi terima RM800,000 daripada bekas kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Menjiwai watak pesakit kanser, berat badan Park Min Young tinggal 37 kilogram

"Itulah sebabnya saya tak mahu menonton drama lakonan Min Young. Saya juga tidak akan menonton mana-mana drama lakonannya selepas ini," komen netizen.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan aktres itu, Ming Young sebelum ini dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberi kenyataan berhubung perkara itu pada Februari tahun lalu.

Marry My Husband turut menampilkan barisan pelakon seperti Na In Woo, Song Ha Yoon, Lee Yi Kyung dan Gong Min Jeung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain