suria

Zendaya ‘unfollow’ teman lelaki di IG, Tom Holland pula kata masih bersama

Tom jawab dakwaan sudah berpisah dengan Zendaya.

SUSULAN tindakan pelakon Zendaya sudah tidak lagi mengikuti teman lelakinya di Instagram, ramai membuat pelbagai spekulasi mengatakan pasangan itu sudah berpisah.

Bagaimanapun aktor Tom Holland menyangkal dakwaan tersebut dan mengesahkan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

"Tidak, tidak! Itu sama sekali tidak benar," katanya kepada paparazi yang mengejarnya baru-baru ini.

Zendaya 1

Tom dan Zendaya masih bersama.

Hasil semakan, Tom masih mengikuti akaun Instagram Zendaya.

Zendaya juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan tindakannya yang tidak lagi mengikuti sesiapa di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ditangkap curang dengan isteri orang, Kang Kyung Joon dan kekasih hilangkan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Lirik lagu baharu seolah bangga rampas suami orang, peminat gelar Ariana Grande ‘penyondol’

Untuk rekod, pasangan tersebut secara rasmi menjalinkan hubungan cinta sejak Julai 2021 selepas aksi mesra mereka sempat dirakam paparazi.

Tom dan Zendaya mula mengenali satu sama lain sejak 2016 selepas mereka membintangi filem Spider-Man: Homecoming.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain