ANGGOTA kumpulan NCT iaitu Haechan teruk dikecam netizen selepas dilihat menghisap rokok elektronik dipercayai dalam sebuah studio latihan baru-baru ini. Ramai menyifatkan tindakan Haechan itu tidak sepatutnya berlaku kerana bukan sahaja rokok membahayakan kesihatan malah boleh memberi impak negatif kepada peminat yang mungkin terikut-ikut dengan tabiat buruk tersebut. Tidak hanya itu, ramai mempersoalkan sama ada Haechan sedar atau tidak kerajaan Korea Selatan memang melarang menghisap sebarang jenis rokok dihisap di dalam bangunan tertutup. Pihak berkuasa mengeluarkan saman terhadap Haechan. Syarikat pengurusan Haechan iaitu SM Entertainment bagaimanapun menjelaskan pihaknya sedar akan kesalahan dilakukan penyanyi itu malah sudah menegurnya. Tidak hanya itu, Haechan juga ada menerima saman daripada pihak berkuasa susulan kesalahan dibuat dan denda sudah pun diselesaikan. ARTIKEL BERKAITAN: Blackpink pilih urus karier solo sendiri, saham YG Entertainment jatuh merundum ARTIKEL BERKAITAN: Mesej curang Kang Kyung Joon tersebar, ramai simpati dengan Jang Shin Young Menerusi video yang tersebar, Haechan dilihat memegang rokok elektronik ketika dia bersama anggota NCT yang lain sedang bersedia memulakan latihan. SM dalam respon segera terhadap perkara itu menyunting semula video berkenaan bagi mengelak Haechan terus dikritik peminat. Malah ada netizen menyalahkan pihak penyunting video tersebut yang tidak peka dengan memasukkan rakaman berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!