PELAKON Gary Busey sekali lagi ditangkap paparazi kerana membuat perkara yang dikira tidak siuman iaitu kencing di tempat awam. Busey, 80, dilihat menurunkan seluarnya dan membuang air kecil di dalam semak berhampiran dengan gerai menjual surat khabar di Malibu, California. Selepas mendapati dirinya diperhatikan, Busey dengan segera menaikkan kembali seluarnya lalu beredar dari tempat tersebut meskipun belum selesai melakukan perkara itu. Busey hanya tersenyum lalu beredar dari tempat tersebut. Malah semasa berlalu pergi, pelakon filem Point Break itu sempat tersenyum walaupun terdapat tompok air di bahagian kelengkang seluarnya. Berdasarkan laporan PageSix, ia bukan merupakan kali pertama ia berlaku kerana perkara sedemikian pernah terjadi pada Ogos 2022. Menurut sumber, Busey bertindak sedemikian kerana menyedari yang dia tidak lagi dapat bergegas ke bilik air untuk membuang air kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Blackpink pilih urus karier solo sendiri, saham YG Entertainment jatuh merundum ARTIKEL BERKAITAN: Kenang kisah cinta tak menjadi, Luna Maya pernah buat lagu untuk Aeril Noah Sumber juga tidak diketahui sama ada tindakan itu berpunca daripada masalah kesihatan mental berikutan kemalangan motosikal yang dialami kira-kira 35 tahun lalu. Ketika kemalangan, pelakon itu mengalami kecederaan pada bahagian otak yang menjadikannya lebih impulsif iaitu bertindak ikut kehendak hati dan mudah marah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!