suria

Foto berpakaian dalam diharamkan, FKA Twigs dakwa mangsa double standard

FKA luahkan rasa tidak puas hati terhadap Calvin Klein.

PENYANYI FKA Twigs meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa jenama pakaian dalam popular Calvin Klein mengamalkan sikap double standard.

Twigs atau Tahliah Debret Barnett, 36, berkata, ini kerana gambarnya yang mengenakan pakaian dalam jenama tersebut diharamkan Penguasa Piawaian Pengiklanan (ASA) dan tidak dapat disiarkan.

Larangan tersebut dikeluarkan susulan iklan menampilkan dia sebagai model pada April 2023 mendapat banyak aduan mengatakan ia bersifat seksual.

FKA  1

Gambar iklan Twigs yang terpaksa dipadam.

Menerusi foto kempen tersebut, Twigs dilihat dalam keadaan separuh bogel dan hanya ditutupi dengan kemeja T bersaiz besar menutupi sebahagian tubuhnya.

"Saya tidak nampak ia sebagai objek seksual tetapi itu yang mereka labelkan kepada saya.

"Saya hanya melihat seorang wanita cantik yang sudah mengatasi banyak keperitan dan kepayahan tidak dapat dibayangkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup terseksa demi fesyen, Dua Lipa tak boleh duduk sebab baju terlalu ketat

ARTIKEL BERKAITAN: Kenang kisah cinta tak menjadi, Luna Maya pernah buat lagu untuk Aeril Noah

Twigs meluahkan rasa tidak puas hati kerana Calvin Klein tidak menurunkan gambar model lain yang terlibat dalam kempen sama.

"Berdasarkan semakan kempen lain yang sama, saya tidak dapat mengelak daripada merasakan terdapat layanan berbeza.

"Terima kasih kepada Calvin Klein yang memberi saya ruang kepada saya menzahirkan diri saya melalui kempen berkenaan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain