GAUN ketat dikenakan Dua Lipa ketika menghadiri Anugerah Golden Globes yang berlangsung pada Ahad lalu menyebabkan penyanyi itu susah untuk bergerak dengan bebas. Melalui video yang tersebar, Lipa, 29, yang memakai gaun lekap berwarna hitam dan bercorakkan emas itu dilihat sangat sukar merendahkan badannya untuk ketika mahu duduk di atas kerusi. Lipa tidak dapat duduk dengan selesa. Disebabkan lebih memilih kecantikan berbanding keselesaan, penyanyi lagu New Rules itu terpaksa menyandarkan badan di bahagian kerusi dan hanya duduk di bucu kerusi. Walaupun peminat memarahi pereka fesyen tersebut, namun kebanyakkan mereka memuji Lipa kerana gaun yang dipakainya itu sangat sesuai untuknya. ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa batal pelancaran muzik video, bimbang elemen peperangan singgung perasaan masyarakat Palestin ARTIKEL BERKAITAN: Lawatan ke negara Asia paling menakjubkan, Kuala Lumpur destinasi kegemaran Dua Lipa "Pereka fesyen ini anggap dia tidak akan duduk ke? "Macam mana pula Dua Lipa mahu kencing dengan gaun ini? "Nampak sangat susah untuk duduk tapi Dua Lipa cantik pakai baju itu," kata mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!