PELAKON Lisa Bonet akhirnya memfailkan penceraian terhadap suaminya aktor Jason Momoa selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga. Bonet atau Lilakoi Moon, 56, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Los Angeles pada Isnin selepas dua tahun mereka mengumumkan perpisahan. Menerusi dokumen mahkamah yang tersebar, Bonet menyatakan perselisihan faham berpanjangan menjadi punca dia menuntut cerai terhadap Jason, 44. Jason Momoa dan Lisa Bonet sudah 18 tahun bercinta. Dalam tuntutan itu, Bonet turut bersetuju untuk memberi hak jagaan bersama terhadap dua anak mereka yang berusia 16 dan 15 tahun. Tidak hanya itu, Bonet dan Jason juga bersetuju membahagikan semua aset mereka dengan adil. ARTIKEL BERKAITAN: Jason Momoa tak malu mengaku takut isteri - “Saya mungkin nampak besar dan gagah... tapi sebenarnya tidak!” ARTIKEL BERKAITAN: Jason Momoa mengaku menangis semasa penggambaran 'Aquaman' Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2005 namun hanya berkahwin secara sah pada 2017. Ia adalah perkahwinan pertama Jason manakala kedua buat Bonet yang sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Lenny Kravitz. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zoe Kravitz. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!