suria

Tewas rebut trofi Pelakon Lelaki Terbaik, ciuman Timothee Chalamet dan Kylie Jenner buat Anugerah Golden Globes kecoh 

Kylie dan Timothee bercium di Anugerah Global Globes 2024.

WALAUPUN kalah merebut trofi pelakon lelaki terbaik melalui filem Wonka, pelakon Timothee Chalamet menimbulkan kehangatan di Anugerah Golden Globes 2024 bersama kekasihnya Kylie Jenner.

Bukan sahaja dalam kalangan artis, malah pasangan yang hadir berbusana sedondon hitam dilihat seronok memberikan ciuman sehingga ia membuatkan acara gilang gemilang itu kecoh.

Menerusi satu rakaman video yang tular di X, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, Timothee, 28, dan Kylie, 26, sedang bertentangan mata di antara satu sama lalin lalu bercumbu.

Kylie 1

Pasangan ini hadir dengan pakaian warna hitam sedondon.

Rata-rata peminat gembira apabila melihat video tersebut dan tidak sabar menanti sesuatu berita gembira daripada dua selebriti itu.

"Seronoknya saya tengok mereka berdua.

"Tidak sabar nak tunggu hari bahagian (kahwin) mereka. Harap-harap ada berita baik," kata mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga restu hubungan Kylie Jenner dan Timothee Chalamet

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner koyak kena sekolah dengan netizen, padam hantaran sokongan terhadap Israel

Berita percintaan di antara Timothee dan Kylie tular sejak April 2023 lalu.

Untuk info, Timothee tercalon dlaam kategori pelakon lelaki terbaik filem (kategori muzikal komedi) melalui watak Roald Dahl dalam cerita Wonka.

Kategori tersebut dimenangi oleh Paul Giamatti melalui filem The Holdovers.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain