GARA-GARA menonton filem seram berjudul Siksa Neraka, personaliti media sosial sensasi Indonesia Lucinta Luna nekad kembali ke fitrah asalnya sebagai seorang lelaki. Suara melaporkan Lucinta juga dikatakan sudah membakar koleksi bikini miliknya selain ingin mendermakan sebahagian barangan peribadinya kepada badan amal. Lucinta juga mahu memberikan rambut palsu dalam simpanannya untuk didermakan kepada pejuang pesakit penyakit kanser. Lucinta menangis sambil membakar koleksi bikini. "Manusia boleh berubah tanpa tahu bila masanya. "Saya mahu mendermakan kesemua rambut palsu kepada orang yang memerlukan terutamanya pejuang pesakit kanser," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Buat muka lagi! Lucinta Luna bangga tayang wajah baharu, siap nak ‘spill’ nama hospital ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna ‘naik hantu’ barangan mewah hilang, pecat pembantu rumah ada masalah pelupa Perkongsian tersebut disambut baik peminat yang berharap kali ini Lucinta melakukan perubahan besar dalam hidupnya. Malah mereka juga berharap Lucinta tidak patah semangat dengan kata-kata netizen terhadapnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!