suria

Video onani atas katil tersebar, pelakon popular serah kepada netizen buat penilaian

Pelakon tersebut menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya. - Gambar sekadar hiasan

NAMA pelakon popular Nigeria Bolanle Ninalowo menjadi perhatian susulan penyebaran sebuah video memperlihatkan seorang lelaki miripnya sedang melakukan onani di atas katil.

Menyangkal individu di dalam video berkenaan adalah dia, Bolanle atau Nino B, 44, menjelaskan tatu yang terdapat di bahagian tangan lelaki berkenaan adalah berbeza dengannya.

Jelas Nino B, dia tidak tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu dan mengecewakan keluarga dan peminat yang sentiasa menyokong karier seninya selama ini.

Sasa 1

Nino B menjelaskan tatunya dan individu berkenaan berbeza.

"Sudah banyak kali saya dengar perkara ini dikaitkan dengan saya malah ramai menelefon bertanya tetapi lelaki dalam video berkenaan bukan saya.

"Tatu saya dan lelaki itu berbeza. Saya tidak akan mengecewakan diri sendiri, keluarga dan peminat," jelasnya.

Nino B memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagramnya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: The Rose singgah Malaysia, konsert ‘The Rose Dawn to Dust Tour’ 31 Januari ini

ARTIKEL BERKAITAN: Saipul Jamil menjerit macam kena histeria ketika ditahan polis, sangka ada pihak mahu bunuhnya

Tambah pelakon itu, dia juga sama sekali tidak mengambil peduli sama ada penduduk Nigeria mahu mempercayainya ataupun tidak.

"Itu bukan saya. Tetapi, orang Nigeria ini dia hanya percaya apa yang dia mahu percaya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain