suria

Pesawat terhempas di Pulau Caribbean, pelakon Christian Oliver dan 2 anak perempuan maut

Christian Oliver maut selepas pesawat ringan dinaikinya terhempas di Pulau Caribbean.

PELAKON Christian Oliver dan dua anak perempuannya maut selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas di Kepulauan Caribbean sejurus selepas ia berlepas.

Nahas itu berlaku pada Khamis lalu di Pulau Petit Nevis berdekatan Beqiu ketika Christian dan dua anak perempuannya dalam perjalanan menuju ke St. Lucia.

Pihak polis memberitahu, selain mendiang dan dua anak perempuannya iaitu Madita Klepser, 10 dan Annik Klepser, 12, turut terkorban adalah juruterbang dikenali sebagai Robert Sachs.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi selamba buang ‘nipple patch’ melekat di kasut atas pentas... netizen pula tertanya-tanya milik siapa

ARTIKEL BERKAITAN: Lima minit ‘view’ rumah terus setuju, pelakon Bowie Tsang beli pangsapuri RM2.9 juta hadiah untuk ibu

Bagaimanapun punca nahas masih lagi dalam siasatan.

Pelakon berusia 51 tahun kelahiran Jerman itu pernah membintangi beberapa filem popular termasuk Speed Racer, The Good German dan Hunters.

Christian juga pernah muncul dalam musim kedua siri drama popular 90-an iaitu Saved by the Bell: The New Calls sebagai Brian Keller.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain