suria

Penyanyi dangdut kena tahan polis, nasib tak baik satu kereta dengan individu terkait dadah

Saipul ditahan pihak polis gara-gara berada dalam sebuah kereta yang terkait dengan dadah.

PENYANYI dangdut yang juga merupakan bekas suami kepada Dewi Perssik iaitu Saipul Jamil ditahan pihak polis di Jakarta, Indonesia pada Jumaat.

Menerusi video tular di media sosial, ramai yang menyangka bahawa penyanyi berkenaan ditangkap, namun sebenarnya dia hanya ditahan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Menurut laporan Kompas, pegawai polis yang dikenali sebagai Donny Agung Harvida menjelaskan pihaknya ingin memberkas individu dalam kereta berkenaan yang didakwa terkait dengan penyalahgunaan dadah.

Video Saipul ditahan polis tersebar di media sosial.

Video Saipul ditahan polis tersebar di media sosial.

Namun, nasib Saipul kurang baik apabila dia turut berada dalam kenderaan tersebut.

"Kebetulan kami (polis) ingin memberkas seorang individu tetapi tidak sangka di dalam kereta itu juga ada Saipul.

"Jadi kami masih menyiasat sama ada Saipul terlibat atau tidak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami pertama belum berubah, Dewi Perssik ada bukti Saipul Jamil pengamal pedofilia

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami dedah punca cerai... Dewi Perssik mengaku sering ‘naik hantu’, ada sebab jadi isteri garang

Dalam pada itu, Donny turut memberitahu hasil ujian air kencing Saipul didapati negatif sementara seorang rakannya dilaporkan positif dadah.

"Selepas selesai semua hasil pemeriksaan kami akan selesaikan kes ini dengan segera," ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan Saipul dikepung sekumpulan lelaki di daerah Daan Mogot, Jakarta Barat.

Dalam rakaman itu, Saipul dilihat menjerit dan menolak sekumpulan lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain