suria

Lima minit ‘view’ rumah terus setuju, pelakon Bowie Tsang beli pangsapuri RM2.9 juta hadiah untuk ibu

Bowie tidak berfikir panjang untuk membelikan pangsapuri buat ibu.

PENGACARA dan pelakon Bowie Tsang yang juga merupakan anak kepada pelakon Hong Kong iaitu Eric Tsang membuat kejutan buat ibunya iaitu Wang Mei Hua dengan menghadiahkan sebuah unit pangsapuri bernilai NT$20 juta (RM2.9 juta).

Memetik laporan The Star, Wang yang juga merupakan seorang pelakon memberitahu dia sudah lama mencari rumah yang kecil dan selesa untuk menetap selepas bersara, namun tiada yang menarik minatnya.

Pun begitu, selepas melihat sebuah pembangunan baharu di kawasan kejiranan mewah di Tianmu, Taipei, anak perempuannya terus membayar deposit untuk membeli kediaman di situ.

BOWIE1 - 1

Bowie ingin melihat ibunya hidup bahagia selepas bersara.

"Dalam masa lima minit, saya dan Bowie berunding harga dan dia terus mengeluarkan kad kreditnya untuk membayar wang deposit.

"Selepas membuat pembayaran, Bowie meminta saya tinggal di sini dengan gembira serta menikmati kehidupan persaraan yang saya inginkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu lagi menyewa, Yoo Jae Suk beli tanah RM41 juta secara tunai untuk buat rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Travis Kelce beli banglo RM28 juta demi privasi bersama Taylor Swift

Dalam pada itu, menerusi temu bual bersama media Hong Kong, Bowie mengakui terkejut dengan harga rumah mewah di Taipei.

Apabila ditanya sama ada unit pangsapuri yang dibeli itu berada dalam lingkungan bajetnya, dia mendedahkan bahawa tidak menetapkan harga untuk pemberian hadiah buat ibu.

Kata Bowie, dia perlu membayar ansuran bulanan sekitar 20 hingga 30 tahun sebelum rumah itu menjadi miliknya.

Untuk rekod, Eric mendirikan rumah tangga dengan Wang pada 1972 namun bercerai tiga tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain