suria

Penyanyi selamba buang ‘nipple patch’ melekat di kasut atas pentas... netizen pula tertanya-tanya milik siapa

Wang Yi Bo terpijak nipple patch.

AKSI spontan penyanyi dan pelakon China iaitu Wang Yi Bo membuang nipple patch atau alat pelindung puting payudara yang melekat di tapak kasutnya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tindakan spontan Yi Bo, 27, itu mengundang tawa peminat kerana dia dilihat seolah-olah tidak menyedari objek dipegang itu ialah alat yang digunakan untuk menutup bahagian berkenaan.

Malah Yi Bo juga meneruskan persembahan nyanyiannya tanpa menghiraukan perkara yang berlaku.

China 1

Yi Bo tidak mengetahui ia adalah nipple patch.

Menurut satu rakaman video di Twitter, kejadian tersebut berlaku semasa Yi Bo membuat sesi latihan bersama penari untuk persembahan sempena sambutan tahun baru.

Bagaimanapun, ada juga peminat meminta supaya pihak produksi lebih peka dan berharap agar kejadian itu tidak berulang.

"Dia sangat hebat. Memijak nipple patch tapi masih boleh menyanyi dengan semangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap Kanye West semakin pelik! Larang isteri pakai seluar ketika keluar bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa batal pelancaran muzik video, bimbang elemen peperangan singgung perasaan masyarakat Palestin

"Artis wanita yang menyanyi sebelum Yi Bo pasti sangat malu.

"Aku tertanya-tanya siapa artis wanita itu," kata mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain