suria

Saipul Jamil menjerit macam kena histeria ketika ditahan polis, sangka ada pihak mahu bunuhnya

Saipul menjerit kerana takut dikepung ramai orang.

PENYANYI dandgut Saipul Jamil menjelaskan dia menjerit seperti terkena histeria ketika ditahan pihak polis pada Jumaat lalu kerana berasa panik dikerumuni orang ramai.

Saipul berkata, dia bimbang akan ditembak oleh sekumpulan lelaki yang mengepungnya meskipun dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Disebabkan itu juga, dia tidak teragak-agak menjerit memberitahu siapa dirinya agar orang ramai berhenti mengepungnya.

saipul-jamil-3_43

Saipul kongsi pengalaman selepas dibebaskan.

"Ya, saya panik sampai terfikir mereka nak bawa saya ke mana. Saya fikir mungkin saya akan dibunuh sebab polis itu tidak pakai pakaian beruniform hanya baju biasa.

"Jadi saya bimbang dan keliru kalau mereka bukan polis. Sebab itu saya menjerit seperti orang kena histeria supaya orang tahu siapa saya," katanya.

Dalam pada itu, Saipul memberitahu agak terkejut apabila pembantu peribadinya terlibat dengan dadah walaupun keperibadian lelaki itu baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi dangdut kena tahan polis, nasib tak baik satu kereta dengan individu terkait dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami pertama belum berubah, Dewi Perssik ada bukti Saipul Jamil pengamal pedofilia

"Dia seorang yang baik, saya tak sangka dia terlibat dengan dadah sebab kami telah berkerjasama sejak setahun yang lalu," ujarnya.

Pada Jumaat, bekas suami kepada Dewi Perssik itu ditahan pihak polis di Jakarta, kerana menaiki kereta bersama seorang individu yang juga pembantunya didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun hasil ujian air kencing Saipul didapati negatif sementara seorang rakannya dilaporkan positif dadah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain