suria

The Rose singgah Malaysia, konsert ‘The Rose Dawn to Dust Tour’ 31 Januari ini

The Rose bakal menghiburkan peminat di Kuala Lumpur.

KUMPULAN indie Korea Selatan The Rose bakal menghiburkan peminat di Malaysia dalam siri jelajah konsert The Rose Dawn to Dust Tour pada 31 Januari ini.

Kuala Lumpur merupakan antara lokasi persinggahan The Rose di Asia Tenggara termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Dianggotai oleh Kim Woosung (vokal/gitar), Park Do Joon (keyboard/vokal), Lee Ha Joon (pemain dram) dan Lee Jae Hyeong (pemain bass), anggota kumpulan ini bertemu ketika acara busking di Seoul dan bernaung dalam label mereka sendiri iaitu Windfall dengan kerjasama Transparent Arts.

therose - 1

The Rose memilih Kuala Lumpur untuk konsert jelajah The Rose Dawn to Dust Tour.

Dalam pada itu, populariti The Rose bukan hanya sekadar secara berkumpulan, malah setiap anggota mereka mampu menempa kejayaan sendiri dalam industri hiburan.

Woosung pernah berkolaborasi dengan mendiang Ryuichi Sakamoto dan Suga BTS untuk lagu Snooze dan meminjamkan suaranya menerusi siri animasi dibintangi Ali Wong.

Manakala Do Joon, Ha Joon dan Jae Hyeong pula pernah muncul dalam beberapa K-drama dan siri web.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert bekas anggota Girl's Generation Jessica Jung di Kuala Lumpur 13 Januari

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert batal 3 jam sebelum berlangsung, Travis Scott bagi alasan terperangkap di lapangan terbang

Pada 2022, The Rose dinobatkan sebagai Band of the Year di Premio Annual K4US Brazil selepas membuat persembahan di acara Lollapalooza yang diadakan di Chicago, Sweden, Brazil Chile dan Argentina, serta Festival Jazz Montreux di Switzerland dan BST Hyde Park di England.

Untuk rekod, The Rose mempunyai dua album studio berjudul Heal dan Dual, dua EP Void dan Dawn, satu album tunggal Red serta beberapa lagu hit popular yang berjaya mencatatkan kejaayan dalam carta teratas peringkat global.

Konsert The Rose Dawn to Dust Tour yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu menawarkan harga tiket bermula dari RM298 sehingga RM898.

Tiket sudah mula dijual menerusi laman web ticketingtix.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain