suria

Mesej curang Kang Kyung Joon tersebar, ramai simpati dengan Jang Shin Young

Skandal Kyung Joon mencemarkan nama baiknya sebagai suami.

NAMA pelakon Kang Kyung Joon terus menjadi perhatian ramai apabila timbul bukti mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

Menerusi perbualan yang tersebar, Kyung Joon, 41, dikatakan berbalas mesej dengan wanita berkenaan menerusi aplikasi Telegram dan bukannya KakaoTalk seperti lazim digunakan masyarakat di Korea Selatan.

Antara mesej yang dihantar adalah ungkapan 'saya rindu awak' dan 'saya mahu memeluk awak'.

kang kyun jun 2

Kyung Joon berdepan saman kerana jalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Bukti berkenaan telah mencemarkan nama Kyung Joon yang sebelum ini menafikan tindakan terkutuk itu dan berani untuk berdepan dakwaan sedemikian.

Dalam masa sama, nama isteri Kung Joon iaitu pelakon Jang Shin Young juga menjadi perhatian rentetan kes tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap Shin Young kerana tindakan yang dilakukan oleh suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bongkar Kang Kyun Jun ada hubungan sulit dengan isterinya, minta ganti rugi RM178,000

ARTIKEL BERKAITAN: Video onani atas katil tersebar, pelakon popular serah kepada netizen buat penilaian

Untuk rekod Kyung Joon dan Shin Young mendirikan rumah tangga pada 2018 selepas mereka bertemu ketika sama-sama berlakon dalam drama Flower of Revenge.

Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki dua orang cahaya mata.

Sebelum ini, seorang lelaki memfailkan saman terhadap Kyung Joon atas dakwaan menjalinkan hubungan dengan isterinya sehingga menyebabkan rumah tangga mereka bermasalah.

Lelaki berkenaan menuntut ganti rugi sebanyak RM178,000 susulan kes tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain